Tuesday, September 1, 2009

Bukan Islam mahu tahu hak mereka bila sertai PAS

Pemimpin PAS diminta terlebih dahulu meyakinkan masyarakat bukan Islam mengenai kesungguhan parti itu mempelawa mereka menyertai PAS, termasuk kesediaan mengubah dasar dan perlembagaan parti.Pengerusi Kelab Penyokong Pas Kebangsaan, Hu Pang Chaw, berkata masyarakat bukan Islam juga ingin mengetahui hak-hak yang akan mereka peroleh termasuk sama ada suara dan pandangan mereka diterima oleh parti itu."Kami takut suara kami tidak diambil kira manakala hak lain pula dipinggirkan," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam bahawa sudah sampai masanya parti itu membuka keahliannya kepada bukan Islam selaras dengan dasar PAS yang tidak berteraskan perkauman.Hu berkata kenyataan Nik Aziz itu sebenarnya sudah lama ditunggu masyarakat bukan Islam yang menyokong parti itu memandangkan cadangan membuka keahlian parti sudah lama dibincangkan namun seolah-olah tidak diendahkan parti itu."Jika serius segerakanlah perkara ini dan ubahlah perlembagaan bagi membolehkan kami menyertai PAS," katanya.Hu berkata kelab itu mempunyai 20,000 orang anggota di seluruh negara. Bernama

NOTA:
PAS FOR ALL!!!

Penyokong Mat Gelap Menyebuk...




Sementara itu, kumpulan kedua - penyokong BN yang memakai baju kuning - juga mula tiba di kawasan tersebut pada kira-kira jam 10 pagi, sambil melaungkan slogan menyokong kerajaan negeri BN, Sultan Perak dan kesucian DUN.Bagaimanapun, anggota polis bertindak menyeleraikan mereka. Mereka bersurai tetapi sempat menayangkan sepanduk menyokong Menteri Besar BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan kerajaan negeri, berhampiran penyokong Pakatan.
Satu daripada sepanduk itu bertulis Dr Zambry dan kerajaan BN adalah pilihan rakyat.Saksi mendakwa pihak polis bertindak lembut ketika meleraikan kumpulan penyokong BN itu.
Dalam satu lagi perkembangan, peguam Pakatan dijangka memfailkan permohonan di mahkamah pagi ini untuk membatalkan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ipoh semalam, melarang sebarang perhimpunan diadakan dalam kawasan sekitar 30m dari bangunan sekretariat.Perintah diperolehi pihak polis bagi menghalang perhimpunan ADUN Pakatan itu berkuatkuasa dari jam 1 pagi ini hingga 11 pagi esok.Semalam, Ketua Polis Ipoh, ACP Azisman Alias berkata hanya kakitangan kerajaan yang bertugas di bangunan itu dibenarkan masuk hari ini.Notis untuk mengadakan sidang hari ini dikeluarkan minggu lalu oleh Speaker Pakatan, V Sivakumar, yang juga ADUN Tronoh.Speaker BN, Datuk R Ganesan bagaimanapun meminta para ADUN supaya mengenepikannya kerana ia dikeluarkan oleh sumber yang tidak sah.




-malaysiakini




NOTA:


pe pulak dbuatnyer pyokong mat gelap nie..


igt perhimpunan BERSIH ke..


memang UMNOngok btul la!!!

ADUN Pakatan ditangkap, SUK Perak dikawal ketat


ADUN Pakatan Rakyat Perak nekad untuk meneruskan rancangan mereka untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini walaupun pihak polis melarang semua pihak daripada berhimpun di bangunan sekretariat kerajaan negeri.
Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan beberapa ADUN Pakatan mula tiba di bangunan tersebut pada kira-kira jam 8.45 pagi. Turut hadir ialah kira-kira 150 penyokong mereka.Manakala pihak polis mengadakan kawalan ketat di sekitar bangunan tersebut oleh anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan trak meriam air digunakan untuk menutup pintu belakang.Polis juga menutup kawasan berpokok di mana ADUN Pakatan mengadakan sidang DUN Mac lalu. Kira-kira 100 anggota polis ditempatkan berkawal di situ.Pada jam 9.45 pagi, semua wakil rakyat Pakatan dan Speaker V Sivakumar mula berjalan dari pejabat DAP Perak menuju ke bangunan sekretariat. Mereka disertai oleh kira-kira 50 penyokong.
Apabila dihalang oleh pihak polis, Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham bertengkar dengan mereka mengenai perintah mahkamah melarang perhimpunan itu diadakan."Perintah mahkamah melarang orang awam berada di situ, tetapi tidak menyebut tentang ahli dewan undangan negeri. Adalah salah untuk menghalang ADUN menjalankan tugas mereka..."Lagi pula, Seksyen 90 Kanun Prosedur Jenayah menyebut perintah tersebut mesti diwartakan,” tegasnya.Mereka kemudiannya cuba meneruskan perarakan itu tetapi dihalang oleh anggota polis mencegah rusuhan. Ngeh ditangkap pada jam 10 pagi.Turut ditangkap ialah Stanley Tan, seorang jurugambar akhbar Nanyang Siang Pau, yang dikatakan turut disepak ketika ditahan.Dia kedengaran menjerit kepada polis: "You nak kerja, kita pun nak kerja."
Turut ditangkap ialah ADUN Malim Nawar Keshvinder Singh dan ADUN Simpang Pulai, Chang Ming Kai. Tiga lagi yang ditangkap ialah orang awam.
Pada jam 10.20 pagi, ADUN Pakatan dan penyokong mereka berundur semula ke ibupejabat yang terletak di belakang bangunan SUK.
Di situ, Sivakumar memberitahu wartawan bahawa sidang DUN itu akan diadakan di Hotel Heritage dekat situ berasaskan kepada doktrin keperluan.
Manakala Nizar mengecam polis yang didakwanya bertindak keras ketika menangkap tiga ADUN Pakatan dan orang awam.
"Ini bukan yang mulia, tetapi mereka bersikap sedemikian," kata Nizar.
Difahamkan, Keshvinder tercedera ketika ditangkap dan telah dibawa ke hospital besar Ipoh untuk rawatan.
-Malaysiakini
NOTA:
TAKBIR!!!TAKBIR!!!TAKBIR!!!
bykkan zikir di bulan Ramadhan nie..

PAS: Umno dalang demo kepala lembu

Pemimpin PAS mengulangi dakwaan bahawa penduduk Seksyen 23 Shah Alam - yang mengadakan demonstrasi dengan mengarakkan kepala lembu bagi membantah pembinaan kuil di kawasan mereka - diupah oleh Umno.Naib presidennya, Mahfuz Omar berkata, beliau yakin dengan penglibatan Umno berdasarkan kenyataannya sebelum ini yang didakwa mengapi-apikan isu perkauman, antaranya menyifatkan pentadbiran PAS sebagai "orang Islam jadi boneka bukan Islam"."Saya menganggap bahawa tindakan kumpulan yang memijak kepala lembu itu, atas niat kerana itu lambang agama Hindu, tuhan agama Hindu, (tindakan) itu menyalahi agama Islam dan melanggar perintah Allah. "Jadi, saya minta pemimpin Umno yang mengupah mereka ini, yang mengupah kumpulan ini, supaya membuat protes sebegitu, seharusnya merujuk kepada mufti (terlebih dahulu)," katanya.Jumaat lalu, ahli parlimen Shah Alam – yang turut menjadi sasaran kemarahan penduduk Seksyen 23, selain Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim – dilaporkan mendakwa Umno menjadi dalang membantah pembinaan kuil tersebut.Menjawab tuduhan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagaimanapun menafikan penglibatan Umno.Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara pagi tadi, Mahfuz menyatakan kekesalannya terhadap demonstrasi itu yang didakwanya didorong emosi keterlaluan dan perkauman sempit."Kita (dalam) negara demokrasi. Kita boleh buat apa protes sekalipun, (terhadap) apa yang kita tidak setuju. Tetapi mesti protes yang bertamadun dan beretika yang tidak melampaui batas agama," katanya.Ahli parlimen Pokok Sena berkata tindakan Umno itu – yang didakwanya mahu menarik kembali sokongan Melayu – akhirnya memberikan kesan negatif apabila ia menimbulkan kemarahan masyarakat bukan Islam.Setakat ini, tambah Mahfuz, tiada ahli PAS dikenal pasti terlibat dalam demonstrasi 50 penduduk dan NGO Melayu di depam bangunan setiausaha kerajaan negeri Selangor di Shah Alam."Kemuka nombor kad pengenalan, kita boleh semak (keahlian PAS). "Jadi dia sendiri tidak boleh kemuka. Sesiapa sahaja boleh dakwa ahli PAS. Jadi, Umno upah, dia kena mengakulah," cabarnya.
-Malaysiakini

NOTA:
UMNOgok nie..memang dasar petualang perkauman!!!

PAS: Jangan lantik semula Musa


PAS memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong supaya menolak pelantikan semula Tan Sri Musa Hassan sebagai ketua polis negara pertengahan bulan ini.Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, baginda sebagai pemerintah tertinggi negara mempunyai kuasa penuh dalam perkara itu.“Oleh kerana kes yang dibentangkan ini, kes yang sangat serius melibatkan jaminan keselamatan untuk kehidupan rakyat, maka Yang di-Pertuan Agong, saya mohon untuk menolak usaha dan cadangan yang mungkin dibuat (kerajaan) bagi menyampung perkhidmatan ketua polis negara,” katanya. “Dan kalaupun (cadangannya) sudah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong, mungkin baginda sudah merestunyai, (tetapi) oleh kerana ia belum dirasmikan, saya merasakan baginda boleh menarik balik (perkenan itu).” Gesaan itu dibuat ekoran peningkatan kadar jenayah yang gagal dibendung dan muncul dakwaan terbaru bahawa wujud penglibatann kongsi gelap dalam mengatur kenaikan pangkat pegawai polis.Jumaat lalu, blog kontroversi Malaysia-Today menyiarkan akuan bersumpah, didakwa dibuat seorang pegawai polis yang pernah menjadi pembantu peribadi Musa.Pegawai polis itu, antaranya, mendakwa Musa membiarkan penjenayah memanipulasi kenaikan pangkat anggota polis dan jawatan mereka. Beliau juga mendakwa diarahkan "menyelaraskan arahan mengenai pangkat dan jawatan para pegawai polis berdasarkan draf dan cadangan yang dibuat oleh (ketua sindiket) BK Tan". Musa dituduh mengarahkan supaya diwujudkan blog tanpa nama pemiliknya untuk menuduh timbalan menteri dalam negeri ketika itu Datuk Mohd Johari Baharum menerima rasuah RM5.5 juta daripada tiga kepala penjenayah.Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara pagi ini, Mahfuz berkata, pasukan keselamatan itu mempunyai banyak calon bagi mengisi kekosongan itu.“Itu kita serah kepada Yang di-Pertuan Agong sendiri untuk mempertimbangkan calon-calon yang banyak di kalangan pelbagai polis yang berintegriti tinggi,” kata ahli parlimen Pokok Sena.Mahfuz turut mendesak penubuhan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan terhadap Musa, seterusnya “membersihkan” pasukan keselamatan itu daripada pengaruh kongsi gelap.Sementara itu, bagi menambahkan keberkesanaan pemantauan jenayah, Mahfuz mencadangkan nisbah anggotanya di lapangan distruktur semula.“Kita lihat, (bilangan) polis sendiri, 70 peratus daripada 96,000 (orang) ini, banyak terlibat dalam pentadbiran, di pejabat. Maknanya majoritilah. “Jadi, yang kita hendak sekarang ini, lebih banyak anggota polis berada di lapangan, bersama masyarakat untuk membasmi jenayah, bukannya duduk di pejabat,” katanya.


NOTA:

HUAAHAHAAA..pe nak jd KP sekarang nie...

Friday, August 28, 2009

Rahsia Bubur Lambuk Masjid Negeri



Keenakan bubur lambuk Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang dapat dinikmati sepanjang bulan Ramadan, menjadi buah mulut warga Shah Alam.
Ini terbukti apabila peningkatan jumlah agihan yang dilakukan pada tahun ini bertambah kepada 2,500 bungkus tahun ini, berbanding 1,500 bungkus tahun lalu, ekoran permintaan orang ramai.
Tinjauan TVSelangor mengikuti proses penyediaan bubur lambuk yang dilakukan oleh Wak Tom Katering di masjid ini untuk diagih-agihkan kepada orang ramai sebagai juadah berbuka puasa.
Waktom Katering yang bertanggungjawab dalam menyediakan bubur lambuk telah memulakan operasi penyediaan bubur lambuk di Masjid Negeri sejak tahun 2006.
Pengusaha Wak Tom Katering, merangkap ketua tukang masak, Zainal Haji Kasran berkata, permintaan terhadap bubur lambuknya kian meningkat dan menjadi semakin popular.
Resepi yang diilhamkan oleh isterinya, Latifah Haji Ahmad Bakrun, ternyata mempunyai beberapa perbezaan dengan penyediaan bubur lambuk di masjid lain.
“Semua barang akak tumis dulu sampai garinglah, garing sampai naik minyak baru kita letak beras kemudian kita campur air,macam itu lah caranya,” kata Latifah.
Penyediaan bubur lambuk Wak Tom, membabitkan 12 pekerja, termasuk Zainal dan isterinya.

Persediaan telah dibuat seawal jam 7 pagi dan prosesnya mengambil masa antara 2 hingga 3 jam bagi memasak satu kawah bubur lambuk untuk menyediakan 400 bungkus bubur lambuk.

NOTA;

MARI2 PEKENA BUBUR LAMBUK....HEHE

Thursday, August 27, 2009

Isu PKFZ: Lapor SPRM Terhadap Kuala Dimensi, Tiong


Pengerusi Pelabuhan Klang, Datuk Lee Hwa Beng membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Kuala Dimensi Sdn Bhd dan pemilik utamanya, Datuk Tiong King Sing berhubung kemungkinan berlaku tuntutan palsu.
Laporan tesebut, yang dibuat di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, turut menamakan tiga lagi, termasuk bekas pengurus besar PKA, OC Phang.
Dua lagi ialah BTA Architects - konsultan yang dilantik bagi projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) - dan Bernard Tan Seng Swee - konsultan yang dilantik untuk kerja-kerja pembangunan.
Laporan SPRM itu dibuat tidak lama selepas satu laporan polis dibuat pada 11 Ogos lalu terhadap Tiong dan Kuala Dimensi berkaitan tuntutan bil berjumlah antara RM500 juta dan RM1 bilion.
Bagaimanapun, Lee berkata terdapat satu jumlah tambahan sebanyak RM720 juta, menjadikan jumlahnya menjadi RM1.4 bilion dalam kemungkinan berlakunya 'konspirasi'.
Pasukan petugas khas yang ditubuhkan oleh PKA untuk menyiasat salah pengurusan dalam PKFZ, mengesan ada yang kena dengan tuntutan yang dibuat oleh Kuala Dimensi itu.
Pasukan petugas itu menyatakan Kuala Dimensi mungkin telah terlebih membuat tuntutan terhadap PKA, antara RM500 juta dan RM1 bilion.
Ini diperkukuhkan lagi oleh pasukan petugas khas yang dilantik oleh Kementerian