Friday, August 28, 2009

Rahsia Bubur Lambuk Masjid Negeri



Keenakan bubur lambuk Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang dapat dinikmati sepanjang bulan Ramadan, menjadi buah mulut warga Shah Alam.
Ini terbukti apabila peningkatan jumlah agihan yang dilakukan pada tahun ini bertambah kepada 2,500 bungkus tahun ini, berbanding 1,500 bungkus tahun lalu, ekoran permintaan orang ramai.
Tinjauan TVSelangor mengikuti proses penyediaan bubur lambuk yang dilakukan oleh Wak Tom Katering di masjid ini untuk diagih-agihkan kepada orang ramai sebagai juadah berbuka puasa.
Waktom Katering yang bertanggungjawab dalam menyediakan bubur lambuk telah memulakan operasi penyediaan bubur lambuk di Masjid Negeri sejak tahun 2006.
Pengusaha Wak Tom Katering, merangkap ketua tukang masak, Zainal Haji Kasran berkata, permintaan terhadap bubur lambuknya kian meningkat dan menjadi semakin popular.
Resepi yang diilhamkan oleh isterinya, Latifah Haji Ahmad Bakrun, ternyata mempunyai beberapa perbezaan dengan penyediaan bubur lambuk di masjid lain.
“Semua barang akak tumis dulu sampai garinglah, garing sampai naik minyak baru kita letak beras kemudian kita campur air,macam itu lah caranya,” kata Latifah.
Penyediaan bubur lambuk Wak Tom, membabitkan 12 pekerja, termasuk Zainal dan isterinya.

Persediaan telah dibuat seawal jam 7 pagi dan prosesnya mengambil masa antara 2 hingga 3 jam bagi memasak satu kawah bubur lambuk untuk menyediakan 400 bungkus bubur lambuk.

NOTA;

MARI2 PEKENA BUBUR LAMBUK....HEHE

Thursday, August 27, 2009

Isu PKFZ: Lapor SPRM Terhadap Kuala Dimensi, Tiong


Pengerusi Pelabuhan Klang, Datuk Lee Hwa Beng membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Kuala Dimensi Sdn Bhd dan pemilik utamanya, Datuk Tiong King Sing berhubung kemungkinan berlaku tuntutan palsu.
Laporan tesebut, yang dibuat di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, turut menamakan tiga lagi, termasuk bekas pengurus besar PKA, OC Phang.
Dua lagi ialah BTA Architects - konsultan yang dilantik bagi projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) - dan Bernard Tan Seng Swee - konsultan yang dilantik untuk kerja-kerja pembangunan.
Laporan SPRM itu dibuat tidak lama selepas satu laporan polis dibuat pada 11 Ogos lalu terhadap Tiong dan Kuala Dimensi berkaitan tuntutan bil berjumlah antara RM500 juta dan RM1 bilion.
Bagaimanapun, Lee berkata terdapat satu jumlah tambahan sebanyak RM720 juta, menjadikan jumlahnya menjadi RM1.4 bilion dalam kemungkinan berlakunya 'konspirasi'.
Pasukan petugas khas yang ditubuhkan oleh PKA untuk menyiasat salah pengurusan dalam PKFZ, mengesan ada yang kena dengan tuntutan yang dibuat oleh Kuala Dimensi itu.
Pasukan petugas itu menyatakan Kuala Dimensi mungkin telah terlebih membuat tuntutan terhadap PKA, antara RM500 juta dan RM1 bilion.
Ini diperkukuhkan lagi oleh pasukan petugas khas yang dilantik oleh Kementerian

Peguam Bakal Dedah Bukti SPRM Dera Saksi

SHAH ALAM, 28 Ogos (Bernama) -- Aduan berhubung saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didera dengan ditampar beberapa kali, dibogelkan dan dipukul dengan batang besi bakal didedahkan dalam prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock.Peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, berkata beliau akan mendedahkan laporan polis yang telah dibuat oleh saksi SPRM berhubung dakwaan itu bersama-sama bukti gambar kecederaan dialami mangsa ketika disoal siasat di pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14, Plaza Masalam di sini.Gobind mendakwa antara pegawai SPRM yang terlibat melakukan penderaan fizikal itu ialah saksi ke-19, Penolong Penguasa SPRM Selangor Mohd Ashraf Mohd Yunus, yang memberi keterangan dalam prosiding , Jumaat.Peguam itu juga bercadang untuk mengemukakan beberapa soalan kepada Mohd Ashraf berhubung laporan polis itu yang mengaitkannya dengan dakwaan melakukan penderaan terhadap saksi tersebut.Berikutan itu, koroner Azmil Muntapha Abas menangguhkan prosiding ke 8 Sept bagi membolehkan Mohd Ashraf untuk melantik peguam kerana soalan yang bakal ditanya Gobind boleh mendedahkan beliau kepada pertuduhan jenayah.Gobind berkata laporan polis itu menerangkan secara terperinci bagaimana saksi berkenaan didera oleh pegawai SPRM di Tingkat 14, pejabat SPRM Selangor."Antaranya ialah pegawai bergilir-gilir menampar saksi, menutup mata saksi dan menyuruhnya berbogel, membalut batang besi dengan surat khabar dan menggunakannya untuk memukul perut, punggung, tangan dan kaki saksi, menendang di bahagian perut serta merotan untuk membelasah kemaluan dan tapak kaki sehingga saksi hampir pengsan."Ini bukan satu-satunya laporan polis yang ada pada kami, banyak lagi yang akan kami kemukakan," kata Gobind, yang enggan mendedahkan identiti pengadu buat masa ini.Berhubung dakwaan itu, peguam pemerhati SPRM, Datuk Abdul Razak Musa berkata: "Itu sudah menjadi amalan biasa, itulah kerja mereka (untuk membuat tuduhan) selepas keluar dari pejabat SPRM atau balai polis."Kita tidak boleh menerima dakwaan itu begitu sahaja, sehingga ia dibuktikan kerana kes ini masih dalam siasatan," kata Abdul Razak.Beliau berpendapat laporan polis itu tidak relevan untuk dikemukakan dalam prosiding itu kerana kejadian penderaan yang didakwa pengadu tidak ada kena-mengena dengan kes kematian Teoh.Peguam yang dilantik bagi pihak kerajaan Tan Hock Chuan turut bersetuju bahawa kes penderaan yang didakwa itu tidak bersangkutan dengan prosiding inkues malah nama Mohd Ashraf juga tidak dinyatakan dalam laporan polis itu.Beliau berkata Mohd Ashraf berhak diwakili peguam jika mahkamah memutuskan untuk membenarkan Gobind melakukan pemeriksaan balas terhadap saksi itu (Mohd Ashraf) berhubung laporan polis berkenaan."Saksi (Mohd Ashraf) juga perlu diterangkan mengenai haknya untuk menjawab atau berdiam diri terhadap soalan yang akan dikemukakan oleh Gobind kerana ia boleh mendedahkannya kepada satu pertuduhan jenayah," kata peguam itu.Ketika ditanya koroner sama ada beliau faham mengenai kesan dan akibat jika menjawab soalan Gobind kelak, Mohd Ashraf, yang kelihatan tenang di dalam kandang saksi berkata: "Saya faham.""Kamu ada pilihan untuk menjawab atau tidak soalan itu. Jika kamu rasa soalan itu boleh menyebabkan kamu dituduh (atas satu pertuduhan jenayah), kamu ada hak untuk tidak menjawabnya," jelas koroner kepada Mohd Ashraf.Beliau juga memberi tempoh masa kepada peguam SPRM untuk menyediakan soalan balasan serta membuat penjelasan terhadap dakwaan penderaan dalam laporan polis itu, yang masih di peringkat siasatan.Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di Tingkat Lima, Plaza Masalam pada 16 Julai lepas, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor di plaza itu.--BERNAMA

NOTA;
Huahahaha...terbogel la SPRM kali nie..

Masuklah ke dalam Islam secara Kaffah

Al Baqarah 208-209
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu.Tetapi jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah, bahwasanya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. ( al- Baqarah : 208-209 ).
Inilah seruan kepada kaum mukminin dengan menyebut iman. Iaitu, sifat atau identiti yang paling mereka sukai, yang membezakan mereka dari orang lain dan menjadikan mereka unik serta menghubungkan mereka dengan Allah yang menyeru mereka itu. Seruan kepada orang orang beriman untuk masuk Islam secara total’ Pemahaman pertama terhadap seruan ini ialah orang-orang mukmin harus menyerahkan diri secara total kepada Allah, dalam urusan yang kecil mahupun yg besar. Hendaklah mereka menyerahkan diri dengan sebenar-benarnya secara keseluruhan, baik mengenai tashawur,’persepsi, pandangan’, pemikiran’ maupun perasaan, niat maupun amal’,kesenangan maupun ketakutan; dengan tunduk dan patuh kepada Allah, dan redha kepada hukum dan qadha-Nya, tak tertinggal sedikit pun dari semua ini untuk selain Allah. Pasrah yang disertai dengan ketaatan yang mantap, tenang, dan redha. Menyerah kepada tangan (kekuasaan) yang mengikuti langkah-langkahnya. Mereka percaya bahawa “tangan” itu menginginkan bagi mereka kebaikan, ketulusan’ dan kelurusan .

Wednesday, August 26, 2009

Sultan Kedah Perkenan ADUN Lunas Digugurkan Daripada Jawatan Exco

ALOR SETAR, 26 Ogos (Bernama) -- Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memperkenankan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd Radzhi Salleh, yang mengisytiharkan dirinya wakil bebas Ahad lepas, digugurkan daripada jawatan Exco berkuatkuasa Selasa.Titah perkenan Sultan Kedah itu juga diterima Selasa, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak."Perkara ini telah dimaklumkan kepada Mohd Radzhi melalui pembantu peribadinya kerana beliau tidak ada di pejabat, dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri juga telah diarahkan untuk memaklumkan bahawa jawatan Exco telah digugurkan mulai 25 Ogos," katanya dalam satu sidang media di Wisma Darul Aman, di sini, Rabu.Ahad lepas, Mohd Radzhi yang juga Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan melepaskan semua jawatan dalam parti itu serta mengisytiharkan dirinya menjadi wakil rakyat Bebas selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti itu.Sementara itu, Azizan berkata Sultan Kedah turut memperkenankan pelantikan ADUN Kulim dari PKR, Lim Soo Nee untuk mengisi jawatan Exco yang kosong itu manakala majlis angkat sumpah akan diadakan minggu depan."Majlis angkat sumpah akan dilakukan minggu depan kerana ramai pegawai-pegawai masih berada di luar negara dan kita kena tengok masa Tuanku," katanya.Pada 24 Ogos, Azizan menyembahkan surat kepada Sultan Kedah bagi memohon perkenan baginda supaya perkhidmatan Mohd Radzhi ditamatkan dan digantikan dengan orang lain.Azizan berkata, pihaknya juga akan berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri sama ada akan melakukan penambahan atau perubahan portfolio Exco berkenaan."Buat sementara, saya akan pegang portfolio itu (Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia), sebelum majlis angkat sumpah.Sementara itu, Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim berkata pemilihan Lim untuk menggantikan Mohd Radzhi dibuat selepas mencapai persetujuan hasil perbincangan antara Menteri Besar dan Penasihat parti itu.Katanya, pemilihan Lim juga mengambil kira faktor geografi kedudukan Lunas yang terletak berhampiran dengan Kulim.-- BERNAMA

Itulah yang terbaik...

Mat Sembam Tak Kelentong??


KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa beliau telah meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membekalkan air kepada Singapura semasa Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor."Tan Sri Muhyiddin bercakap benar mengenai desakan saya kepadanya untuk membekal air kepada Singapura, tetapi Lee Kuan Yew tidak mengancam untuk berperang sekiranya kita tidak membekalkan air. Sekiranya beliau (Lee) melakukan itu, saya fikir saya akan menghentikan sebarang bekalan air seterusnya," kata Dr Mahathir dalam laman blognya Rabu.Beliau mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri pada 19 Ogos lalu, bahawa beliau telah meminta Muhyiddin menghadiri mesyuarat dengan Perdana Menteri Singapura ketika itu, Lee Kuan Yew yang sedang membuat lawatan, berhubung isu saluran paip gas dan bekalan air, di Kuala Lumpur.Menurut Muhyiddin, semasa perbicangan antara Dr Mahathir, Menteri Kewangan ketika itu, Tun Daim Zainuddin, Lee dan beliau, Lee mahukan bekalan air yang mencukupi disalurkan kepada republik itu dari Johor."Lee berkata Singapura bersedia untuk berperang sekiranya Malaysia tidak mahu membekal air yang mencukupi dan melahirkan rasa kesal berhubung projek bekalan air dari Sungai Lingu yang tertangguh."Saya berkata kami tidak mempunyai wang dan Lee berkata Singapura sanggup menanggung kos dan apabila siap, harta tersebut akan dimiliki oleh Malaysia, jadi Singapura hanya membayar bil," kata Muhyiddin.Muhyiddin semasa berceramah di Tanjung Putus, Bukit Mertajam semasa kempen pilih raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, menjelaskan perkara itu sebagai menolak dakwaan pembangkang bahawa beliau telah menjual sekeping tanah kepada Singapura berhubung loji rawatn air di Sungai Lingu, Bandar Tenggara Johor.Dr Mahathir berkata beliau tidak mengetahui mengenai penjualan tanah kepada Singapura, tetapi kerana telah dipersetujui bahawa loji rawatan air akan dibina oleh Singapura di Johor, maka tanah perlu disediakan."Kita ketika itu sedang cuba berbaik-baik dengan Singapura bagi menyelesaikan beberapa masalah. Walaupun air mentah akan dibekalkan pada 3 sen per 1,000 gelen, persefahamannya ialah di masa depan, hanya air yang dirawat yang akan dibekal apabila loji rawatan kita siap."Kita juga tidak akan beli lagi sebarang air yang dirawat dari Singapura dengan kadar 50 sen per 1,000 gelen apabila loji rawatan baru kita di Johor siap."Apabila kita tidak perlu lagi membeli air yang dirawat daripada Singapura, kita boleh menaikkan harga air mentah ke Singapura tanpa Singapura boleh menaikkan harga air yang dirawat kepada kita."Namun setelah kita memeterai perjanjian bekalan air, Singapura menimbulkan banyak isu mengenai tanah keretapi kita, pusat kastam, imigresen dan kuarantin di Tanjong Pagar, latihan pesawat perang Singapura di kawasan udara Malaysia dan Kumpulan Wang Simpanan Pusat."Pada ketika itu, saya sedar bahawa berbaik-baik dengan Singapura adalah tidak berbaloi," kata Dr Mahathir dalam blognya.-- BERNAMA
NOTA :
Huahaahuaaa...sejak bila plak pandai bercakap benar nie...
angguk2 geleng2..

Panel Mahkamah Rayuan Syariah Pahang masih belum dilantik, setakat ini, menyebabkan rayuan bagi kes-kes seperti melibatkan Kartika Sari Dewi Shukarno tidak dapat didengar, kata seorang peguam syariah terkemuka.Zainul Rijal Abu Bakar menambah, terdapat dua pesalah di negeri berkenaan yang dijatuhi hukuman sebat mengikut undang-undang syariah sebelum ini, tetapi rayuan bagi hukuman tersebut tidak dapat didengar sejak lima tahun lalu."Bukan Kartika seorang saja, lima tahun lepas dan tahun lepas juga ada kes jatuh hukuman sebat. Rayuan juga tapi tidak boleh didengar," kata bekas pemimpin Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Jelasnya, mahkamah rayuan menjadi peluang terakhir bagi pesalah untuk mengurangkan hukuman, tetapi proses rayuan tidak dapat dilakukan hingga menimbulkan kesan ke atas mereka yang telah didapati bersalah.Tambahnya, pendakwaan dan bentuk hukuman yang dikenakan ke atas Kartika "sudah jelas" tetapi ia kini dikaburi oleh pihak-pihak berkepentingan yang cuba campur tangan, termasuk kuasa eksekutif."Dan kalau benar Peguam Negara telah menghantar surat supaya (hukuman) ditangguhkan, (tindakan) itu sudah melanggar urusan negeri sebab bidang kuasa dia di peringkat persekutuan," kata Zainul Rijal, kini setiausaha pertubuhan Peguam Pembela Islam (PPI).


Jelasnya, mahkamah rayuan menjadi peluang terakhir bagi pesalah untuk mengurangkan hukuman, tetapi proses rayuan tidak dapat dilakukan hingga menimbulkan kesan ke atas mereka yang telah didapati bersalah.Tambahnya, pendakwaan dan bentuk hukuman yang dikenakan ke atas Kartika "sudah jelas" tetapi ia kini dikaburi oleh pihak-pihak berkepentingan yang cuba campur tangan, termasuk kuasa eksekutif."Dan kalau benar Peguam Negara telah menghantar surat supaya (hukuman) ditangguhkan, (tindakan) itu sudah melanggar urusan negeri sebab bidang kuasa dia di peringkat persekutuan," kata Zainul Rijal, kini setiausaha pertubuhan Peguam Pembela Islam (PPI)."(Keadaan) ini sudah melanggar prosedur. Sepatutnya kena failkan semakan dahulu, baru mohon ditangguhkan. Inilah yang jadi apabila menteri turut masuk campur." Tambahnya, hukuman sebat yang diperuntukkan undang-undang syariah di setiap negeri tidak melangkaui kuasa perlembagaan dan perkara itu tidak seharusnya menjadi isu."Dewan Undangan Negeri boleh buat peraturan kesalahan dan hukuman bagi perbuatan melanggar perintah Islam, tetapi Perlembagaan boleh mengehadkan hukuman sahaja," jelas Zainul Rijal.Beliau menjelaskan, isu ini termaktub dalam Akta Bidang Kuasa Jenayah (Mahkamah Syariah) 1965 (Pindaan 1984) yang memperuntukkan bidang kuasa tersebut kepada kerajaan negeri untuk menyekat kesalahan dan hukuman yang “melanggar rukun Islam”, termasuk mengambil alkohol.Katanya lagi, hukuman yang dikenakan ke atas Kartika "bukanlah hukuman maksimum" kerana telah dimitigasi oleh wanita tersebut."Ia bukan hukuman maksimum. Kartika sendiri telah merayu dan mohon denda serta sebatan. Mungkin atas mitigasinya itu hukuman penjara tidak dikenakan," katanya.Hukuman maksimum bagi kesalahan-kesalahan jenayah syariah di Pahang adalah tiga tahun penjara, RM5,000 denda serta enam sebatan.Mengulas isu ketiadaan panel rayuan syariah di Pahang seperti dakwaan Zainul Rijal, ketua pendaftar Mahkamah Syariah Pahang enggan menamakan hakim-hakim terbabit tetapi mengesahkan panel itu memang ada.


"Nama-nama ini ada. Tapi biarlah kami dedahkan pada masa sesuai," kata Muhammad Azhari Abd Rahman kepada Malaysiakini. "Buat masa ini tak perlulah saya komen lebih lanjut, memandangkan isu ini sudah sampai ke peringkat antarabangsa."Menjelaskan lagi perkara tersebut awal malam ini, Zainul Rijal berkata nama-nama untuk panel rayuan tersebut "memang ada" tetapi tidak boleh mendengar kes kerana tidak diberikan tauliah sebagai hakim."Nama memang ada sejak sekian lama tetapi tidak diberikan tauliah hakim. Apa guna ada nama tetapi tidak ada tauliah, tidak boleh mendengar kes juga?" jelasnya melalui mesej SMS."Dan saya juga tahu, ada seorang yang (telah) dinamakan sudah pencen daripada menjadi hakim rayuan syariah Malaysia. "Namun Pahang masih belum memberi tauliah dan nama beliau masih ada lagi."
-MALAYSIAKINI
NOTA:
Inilah negeri Pahang Darul Makmur....

Mufti: Sepatutnya dirotan 80 sebatan







Hukuman yang dikenakan ke atas orang Islam yang diperuntukkan melalui undang-undang syariah masih tidak mencukupi, manakala masyarakat umum pula masih kabur dengan bentuk hukuman bagi kesalahan-kesalahan yang digariskan.
Mufti Perak berkata, hukuman sebatan bagi kesalahan meminum arak yang rancak diperdebatkan kini di media "sepatutnya 80 kali sebatan"."Sepatutnya kesalahan minum arak ini dihukum 80 kali rotan. "Kalau setakat enam kali sebatan itu, apa yang nak diriuhkan?" kata Datuk Seri Harussani Zakaria ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.(Hukuman hudud yang ditetapkan bagi kesalahan mengambil alkohol menjadi perdebatan di kalangan ahli fekah, antara 40 hingga 80 kali sebatan).Harussani diminta mengulas perdebatan hukuman sebatan terhadap model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno susulan keengganannya membuat rayuan, sementara pihak berkuasa pula menangguhkannya dengan alasan tiada kepakaran menyebat dari perspektif syariah.Mengulas isu yang sama, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga berkata hukuman terhadap seseorang yang mengambil alkohol pada sisi agama antara 40 hingga 80 sebatan. "Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah."Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya," katanya dalam satu kenyataan.Beliau, juga ahli parlimen Marang, berkata cara merotan pesalah dalam Islam jauh berbeza dengan hukuman sebat yang dijalankan untuk penjenayah bawah undang-undang negara sekarang. "Mengikut Islam, sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain daripada memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

"Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya apabila sebatan dilaksanakan, tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak," katanya hari ini."Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja." [Baca juga:
Hukuman rotan syariah tidak melukakan]Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) pula berkata masyarakat umum masih tidak mempunyai kefahaman jelas tentang
perundangan Islam sehingga kes-kes seperti yang melibatkan Kartika menjadi sensasi."Kalau kita lihat daripada kes ini sebagai asas, masyarakat Islam belum ada fahaman jelas mengenai undang-undang Syariah," kata presidennya Muhammad Razak Idris."Kefahaman sedia ada di kalangan masyarakat Islam tidak menyeluruh."Beliau turut mempertahankan enakmen syariah sedia ada, namun hakim perlu menggunakan kebijaksanaannya sendiri untuk menjatuhkan hukuman supaya mengelak tanggapan negatif terhadap pelaksanaan undang-undang ini.

"Bentuk undang-undang syariah yang ada sekarang tidak bercanggah (dengan Perlembagaan Persekutuan) kerana ia sejajar dengan syarak dan prinsip Islam sebagai agama persekutuan."Namun, sekiranya mahkamah lihat hukuman perlu dinilai semula, kita sokong. Lagipun Kartika melakukan kesalahan buat kali pertama, jadi wajarlah kalau hukuman itu dinilai dan dikaji semula," katanya kepada Malaysiakini."Dari segi pelaksanaan hukuman ini ke atas Kartika, kita hormati keputusan mahkamah. Kita yakin hakim ada pertimbangan sendiri dalam mengadili kes berkenaan."Ini boleh menampakkan lagi kemuliaan syariat Islam supaya tidak dilihat beku atau jumud."(Kartika) sendiri sudah membuat pengakuan salah. Ini menunjukkan beliau telah insaf atas perbuatannya."
Tegakkan Hukum Allah...Takbir!!!!Takbir!!!Takbir!!!!

Kes seks: MCA pecat Dr Chua


Majlis Presiden MCA lewat malam ini memecat Timbalan Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung skandal seks yang dihadapi bekas menteri itu awal tahun lalu.Keputusan itu dicapai setelah ia bermesyuarat selama beberapa jam sejak 9 malam ini susulan syor yang dikemukakan oleh jawatankuasa disiplin yang menyiasat kes itu awal bulan ini.Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata beliau sendiri akan memaklumkan keputusan yang dibuat "dengan berat hati" dan "kolektif" itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, selaku pengerusi BN.Dalam sidang media di Wisma MCA kira-kira tiga jam sebelum keputusan itu dicapai, Dr Chua memaklumkan beliau dikehendaki keluar mesyuarat majlis tersebut kerana ia ingin memutuskan tindakan terhadapnya.Beliau sebelum itu hadir lebih kurang dua jam di mesyuarat Majlis Presiden MCA.

Tokoh yang dianggap pencabar utama Ong, Dr Chua menambah, laporan jawatankuasa disiplin yang dihantar kepadanya jam 5.30 petang ini mendedahkan syor memecat beliau.Kata Dr Chua lagi, Majlis Presiden selalunya sekadar "cop getah" untuk meluluskan syor yang dibuat oleh jawatankuasa disiplin. Beliau berharap "Ong akan tidur lena malam ini" selepas pemecatannya.Katanya, sejak pemilihan parti Oktober tahun lalu - yang menyaksikan kenaikan kembali Dr Chua kepada jawatannya sekarang - Ong "melihatnya sebagai musuh ketat dan ancaman paling besar."

Awal bulan ini, jawatankuasa itu menyiasat aduan bahawa Dr Chua telah mencemarkan imej parti selepas muncul dalam satu DVD yang menunjukkan beliau adakan hubungan seks dengan seorang wanita.Pengadu tersebut Eng Cheng Guan, yang juga pengerusi MCA bahagian Simpang Renggam, mendakwa insiden itu mencemarkan reputasi parti kedua terbesar dalam komponen BN itu.Eng bagaimanapun menarik balik aduannya tetapi jawatankuasa disiplin meneruskan siasatan terhadap Dr Chua.Mesyuarat malam ini difahamkan diadakan secara tergesa-gesa, manakala akhbar Sin Chew Daily melaporkan Dr Chua hanya dimaklumkan mengenainya pada kira-kira jam 4.30 petang semalam.Penghujung 2007, DVD yang dirakam secara rahsia yang menunjukkan babak-babak seks Dr Chua dengan teman wanitanya diedarkan di beberapa tempat di Johor.Susulan itu, awal 2008, Dr Chua mengejutkan negara dengan mengaku berterus terang bahawa beliaulah lelaki dalam DVD itu dan mengumumkan peletakan semua jawatan dalam kerajaan dan parti.


-Malaysiakini-kemaskini 12.12pm

Tuesday, August 25, 2009

PAS menang, majoriti menurun




PAS memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti besar tetapi merosot beberapa ratus undi daripada keputusan yang dicapai parti itu pada pilihan raya umum tahun lepas.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi. Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882.




Bekas ADUN allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat majoriti 5,433 undi - kemenangan PAS kali ketiga di kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999. Jumlah mereka yang keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008.


65 Peratus Keluar Mengundi Sehingga 3 Petang

BUKIT MERTAJAM, 25 Ogos (Bernama) -- Seramai 13,172 orang atau 65 peratus daripada 20,290 pengundi berdaftar telah keluar mengundi dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Permatang Pasir sehingga 3 petang Selasa.Pengundian yang bermula 8 pagi tadi ditutup pada pukul 5 petang.Menurut jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menyifatkan bilangan yang keluar mengundi setakat ini sebagai menggalakkan.Pilihan raya itu melibatkan pertandingan satu lawan satu antara Rohaizat Othman, 38, dari Barisan Nasional (BN) dan Mohd Salleh Man, 52, dari PAS.

-- BERNAMA

Monday, August 24, 2009

59% mengundi sehingga 2 petang

Jumlah keluar mengundi sehingga jam 2 petang tadi mencecah 59 peratus atau 11,979 pemilih bagi menentukan DUN baru Permatang Pasir. Pada jam 12 tengahari, jumlah pengundian adalah 47.2 peratus atau 9,573 orang. Manakala jumlah keluar mengundi sehingga jam 11 pagi tadi mencecah 38.9 peratus, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz berkata beliau berpuas hati dengan perkembangan perjalanan proses membuang undi setakat ini kerana menunjukkan kemajuan, lebih baik daripada hari mengundi DUN Manek Urai, awal bulan lalu.Beliau berharap hujan tidak turun hari ini dan membolehkan sasaran 80 peratus keluar mengundi dicapai. Tambahnya, tiada laporan mengenai kehadiran "pengundi hantu" dimaklumkan kepada suruhanjaya tersebut.

Laporan awal:

Suasana di pusat pengundian di SK Permatang Pasir panas apabila penyokong Pakatan Rakyat dan BN melaung mengejek satu sama lain.
Penyokong Umno melaungkan "Anwar pengkhianat" manakala penyokong PAS membalas dengan laungan "You jantan ke tidak".Pemimpin PAS, Dr Hatta Ramli juga kelihatan berada di situ.
Ramai anggota polis ditempatkan di semua pusat pengundian bagi mengawal penyokong kedua-dua parti yang bertanding.Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jumlah keluar mengundi sehingga jam 9 pagi tadi ialah 14.6 peratus atau 2,566 orang.Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz melawat pusat pengundian di SRJK (C) Lay Keow dan berpuashati dengan perjalanan pengundian setakat ini.
Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir bermula dengan 39 saluran di sembilan pusat mengundi dibuka di lapan pusat pengundian mulai jam 8 pagi ini.Calon PAS, Mohd Salleh Man akan mempertahankan kerusi DUN tersebut ekoran kematian penyandangnya dari parti tersebut, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, kerana sakit jantung pada 31 Ogos lalu.Beliau berdepan dengan calon BN, Rohaizat Othman. Seramai 20,290 pemilih berdaftar layak mengundi hari ini untuk memilih wakil rakyat.


-Malaysiakini

KDN serbu pejabat majalah Zunar



Sekumpulan pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerbu pejabat majalah humor terbaru Gedung Kartun pagi ini susulan penerbitan edisi sulungnya yang mengusik perdana menteri.
Lapan pegawai itu tiba di pejabat majalah dwibulanan itu di Brickfields sejak 10.30 pagi ini - dipercayai berkaitan kandungannya, antaranya memaparkan gelagat Datuk Seri Najib Razak yang tersilap mengibarkan
bendera Mongolia bersempena sambutan hari kemerdekaan negara.Pegawai bahagian kawalan penerbitan KDN turut merampas 408 naskhah majalah tersebut - yang sarat dengan kartun dan humor isu-isu semasa dan politik.Ia juga memuatkan "nostalgia 98", sejarah peristiwa penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan timbalan perdana menteri dan kemudian insiden mata lebam sewaktu dalam tahanan polis (foto kanan).Edisi untuk awal September, dicetak 10,000 naskhah, berada di pasaran mulai semalam dan dijual dengan harga RM4.
Selain kartun, Gedung Kartun turut memuatkan artikel berbentuk satira politik oleh ramai penulis kreatif yang aktif di atas pentas seni alternatif antaranya Hishamuddin Rais, Pyanhabib dan Rahmat Haron.Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, yang kini lantang menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), turut menyumbang rencana.Selain tiga penulis rencana, ia disokong 12 kartunis sambilan, antaranya Cabai yang sebelum ini terkenal dengan siri "Tiga Dara Pingitan".Majalah pimpinan kartunis politik terkemuka tanah air Zunar, atau nama penuhnya Zulkiflee Anwar Haque, menyentuh pelbagai isu semasa, antaranya kes kematian Teoh Beng Hock, kenaikan kadar tol lebuh raya, dasar PPSMI dan akta kontroversi ISA (foto kiri).

Penyokong Umno pula bertakbir!!!

Kebiasaannya, penyokong PAS akan bertakbir tetapi berlainan pula suasana di pusat penggundian di SMK Sama Gagah pagi ini.Sebaliknya, penyokong Umno pula beramai-ramai bertakbir di situ.Manakala penyokong PAS pula membalasnya dengan berselawat beramai-ramai.Penyokong Umno juga turut melaungkan 'Hidup BN' dan 'Hidup Melayu'.Suasana itu berlaku pada kira-kira jam 9.50 pagi ini.Sementara itu, Calon PAS, Mohd Salleh Man tiba di sekolah itu pada masa yang sama.Beliau memberitahu pemberita, beliau gembira dengan sokongan dari pemimpin Pakatan Rakyat yang turun memberi sokongan termasuk pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan exco-exco kerajaan negeri.Beliau juga gembira dengan sokongan pengundi terhadapnya.
Calon BN, Rohaizat Othman tiba kemudiannya dan bersalaman dengan Mohd Salleh.Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir bermula dengan 39 saluran di sembilan pusat mengundi dibuka di lapan pusat pengundian mulai jam 8 pagi ini.Mohd Salleh mempertahankan kerusi DUN tersebut ekoran kematian penyandangnya dari parti tersebut, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, kerana sakit jantung pada 31 Ogos lalu.Beliau berdepan dengan calon BN, Rohaizat Othman. Seramai 20,290 pemilih berdaftar layak mengundi hari ini untuk memilih wakil rakyat yang baru mereka.

-Malaysiakini

.......bia betik..UMNogok ni pandai plak ke bertakbir..hauaaha ha..
setahu kawe, dame pandai menyalak jer..hehe

ROSMAH MINTA NASIHAT IBU PELAJAR BIJAK MATEMATIK –


Program Anak Permata Negara (PAPN) dan Kanak-kanak Pintar akan mendapatkan kerjasama daripada ibu kepada lima anak genius, Halimahton Yusof serta anaknya Iskander Ibrahim Farooq Yusuf, 23, bagi memperbaiki sukatan pelajaran bagi kedua-dua program berkenaan.Rosmah Mansor berkata pihaknya akan menggunakan khidmat nasihat serta segala maklumat yang dimiliki oleh ibu wanita genius Matematik, Sufiah Yusof, 24, bagi mengenalpasti modul dalam kandungan program berkenaan.Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai seruan Halimahton yang masih menginginkan Sufiah pulang kembali ke pangkuannya, Rosmah melahirkan rasa simpati terhadap nasib wanita itu dan berharap agar semua ibu-ibu berdoa supaya Sufiah kembali ke pangkuan ibunya."Saya harap semua ibu akan sama-sama berdoa dengan apa yang diharapkan oleh Halimahton. Saya harap Halimahton akan bersabar dan berdoa supaya Sufiah akan kembali ke pangkuan ibunya dan ke pangkuan Islam," katanya.
malaysiakini
huahaha...huaha...big mama mintak ibu-ibu berdoa...
huaha haha..big mama terlupe ade anak..huhu

14.6% mengundi sehingga 9 pagi



Suasana di pusat pengundian di SK Permatang Pasir panas apbila penyokong Pakatan Rakyat dan BN melaung mengejek satu sama lain.
Penyokong Umno melaungkan “Anwar pengkhianat” manakala penyokong PAS membalas dengan laungan “You jantan ke tidak”.
Pemimpin PAS, Dr Hatta Ramli juga kelihatan berada di situ.
Ramai anggota polis ditempatkan di semua pusat pengundian bagi mengawal penyokong kedua-dua parti yang bertanding.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jumlah keluar mengundi sehingga jam 9 pagi tadi ialah 14.6 peratus atau 2,566 orang.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz melawat pusat pengundian di SRJK (C) Lay Keow dan berpuashati dengan perjalanan pengundian setakat ini.
Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir bermula dengan 39 saluran di sembilan pusat mengundi dibuka di lapan pusat pengundian mulai jam 8 pagi ini.
Calon PAS, Mohd Salleh Man akan mempertahankan kerusi DUN tersebut ekoran kematian penyandangnya dari parti tersebut, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, kerana sakit jantung pada 31 Ogos lalu.
Beliau berdepan dengan calon BN, Rohaizat Othman. Seramai 20,290 pemilih berdaftar layak mengundi hari ini untuk memilih wakil rakyat yang baru mereka.

Malaysiakini

Setpol MB: Kedah tidak akan jadi seperti Perak


Setiausaha Politik (Setpol) kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor hari ini mendedahkah (sistem pesanan ringkas) SMS yang diterimanya daripada Muhammad Radzhi Salleh (MRS) sejurus selepas keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).
SMS tersebut berbunyi, “[s]alam dan selamat berpuasa. Harap tidak disalah faham. Saya tidak marahkan PAS atau sahabat-sahabat dalam PAS, malah saya akan terus menghormati ustaz (Azizan) sebagai pemimpin, salam buat dia dan semua”.
Setpol MB itu kemudiannya mengulas SMS berkenaan, “adakah Kedah akan tumbang dengan ‘bom’ pertama ini? Bukankah bom ini berangkai? Inilah politik Kedah, tidak sama dengan Selangor, Penang, Perak maupun Kelantan. Maka, mengambil pendekatan negeri-negeri itu untuk membandingkan dan mengesahkan Kedah terlalu perlahan adalah tidak adil dan tidak wajar.
“Kedah tidak akan tumbang, jika pin bom berangkai ini ditarik satu persatu, malah letupan pertama akan jadi sia-sia bagi mereka yang memegang pin. Ada orang menyangka kita tidak tahu apa yang mereka rancangkan, padahal satu persatu plan mereka sudah dibaca.”
Menurut Sanusi, gerak geri serta perancangan MRS sudah diketahui sejak bulan Januari lagi.
“Ada satu sms MRS yang dihantar kepada saya bulan Januari lalu menyatakan dia berpolitik sejak dua puluh tahun dulu. Semua selok belok politik sudah dihadami dan hal remeh temeh seperti khabar angin bahawa dia yang menjadi ‘lam’ dengan bekas MB, malas dia ambil kira. Tapi saya ambil kira semua itu.”
Mengulas tentang kedudukan MRS sebagai Exco, Muhammad Sanusi
dalam satu posting di blognya menegaskan bahawa kuasa melantik Exco Kerajaan negeri terletak di bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Sultan atas nasihat YAB Menteri Besar.
Katanya, “Exco dilantik atas nasihat YAB MB kepada Tuanku Sultan atas sifat keputusan kolektif Ahli-ahli Yang Berhormat yang menang dalam DUN. jika Exco boleh diisi oleh sesiapa sahaja, lebih baik lantik Exco yang baik-baik yang banyak pengalaman dari UMNO atau MCA! Saya katakan yang baik-baik…kaki rasuah, kaki bolot tak boleh, kaki cari kekayaan, tak boleh! Kalau melihat rekod MRS, dia tak jauh beza dari ‘kaki-kaki’ itu.
http://perakexpress.com

Sekat kuasa SPRM: Pekeliling kerajaan Selangor dicabar di mahkamah hari ini

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini akan mendengar semakan kehakiman mengenai permohonan Peguam Negara hari ini bagi mengisytiharkan satu pekeliling kerajaan negeri Selangor yang melarang pegawai negeri memberi kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas waktu pejabat, sebagai tidak sah dan terbatal.
Sekretariat Media pejabat Menteri Besar Selangor dalam satu kenyataan semalam berkata peguam kanan terkenal Tommy Thomas akan mewakili kerajaan negeri dalam perbicaraan itu.
Pekeliling itu, yang menyebut bahawa pegawai kerajaan negeri hanya boleh disoal oleh SPRM di premis pejabat masingmasing dan semasa waktu bekerja, telah dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Datuk Ramli Mahmud pada 28 Julai berikutan kematian Teoh Beng Hock.
Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai lepas di tingkat lima Plaza Masalam di sini, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan dakwaan salah guna wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu.
Baru-baru ini, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dalam sidang akhbar bersama berkata pekeliling itu adalah tidak sah dan boleh ditafsirkan sebagai percubaan untuk menghalang pegawai SPRM daripada menjalankan tugas mereka.
“Tiada Pekeliling dari manamana kerajaan negeri boleh menghalang SPRM daripada menjalankan siasatan mereka. Saya rasa ini satu cubaan Khalid (Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) untuk menghalang pegawai SPRM melaksanakan tugas mereka,” Mohamed Nazri dipetik sebagai berkata.
Kenyataan itu juga berkata Abdul Gani telah memfailkan semakan kehakiman pada 20 Ogos untuk mengisytiharkan bahawa pekeliling itu sebagai tidak sah dan terbatal.
Baru-baru ini, Khalid berkata pekeliling itu dikeluarkan berikutan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat exco negeri pada 22 Julai. BERNAMA

Salam Perjuangan Pemuda Pas



Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera serta salam perjuangan..


Alhamdullilah, segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan rahmat, nikmat dan izin dariNya, laman sesawang Bersama Pemuda Pas ini dapat dibina dengan jayanya.


Besyukur saya dengan kehadiratNya juga, perjuang-perjuang agama Allah S.W.T di negara tercinta ini masih berdiri teguh dan utuh dibelakang para pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Jesteru itu, blog ini dicipta untuk memberikan informasi-informasi terkini perjalanan aktiviti pemuda dan maklumat terkini mengenai perjuangan pemuda dalam menegakkan kalimah Allah S.W.T di negara ini serta perkembangan terkini isu-isu dalam dan luar negara.
Akhirnya, saya mengharapkan, pengunjung dapat memperoleh ilmu dan maklumat manfaat daripada blog ini serta berkongsi komen dan pendapat yang membina kepada agama dan negara. Insyaaallah...
Pp,
amir