Tuesday, August 25, 2009

65 Peratus Keluar Mengundi Sehingga 3 Petang

BUKIT MERTAJAM, 25 Ogos (Bernama) -- Seramai 13,172 orang atau 65 peratus daripada 20,290 pengundi berdaftar telah keluar mengundi dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Permatang Pasir sehingga 3 petang Selasa.Pengundian yang bermula 8 pagi tadi ditutup pada pukul 5 petang.Menurut jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menyifatkan bilangan yang keluar mengundi setakat ini sebagai menggalakkan.Pilihan raya itu melibatkan pertandingan satu lawan satu antara Rohaizat Othman, 38, dari Barisan Nasional (BN) dan Mohd Salleh Man, 52, dari PAS.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment