Monday, August 24, 2009

ROSMAH MINTA NASIHAT IBU PELAJAR BIJAK MATEMATIK –


Program Anak Permata Negara (PAPN) dan Kanak-kanak Pintar akan mendapatkan kerjasama daripada ibu kepada lima anak genius, Halimahton Yusof serta anaknya Iskander Ibrahim Farooq Yusuf, 23, bagi memperbaiki sukatan pelajaran bagi kedua-dua program berkenaan.Rosmah Mansor berkata pihaknya akan menggunakan khidmat nasihat serta segala maklumat yang dimiliki oleh ibu wanita genius Matematik, Sufiah Yusof, 24, bagi mengenalpasti modul dalam kandungan program berkenaan.Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai seruan Halimahton yang masih menginginkan Sufiah pulang kembali ke pangkuannya, Rosmah melahirkan rasa simpati terhadap nasib wanita itu dan berharap agar semua ibu-ibu berdoa supaya Sufiah kembali ke pangkuan ibunya."Saya harap semua ibu akan sama-sama berdoa dengan apa yang diharapkan oleh Halimahton. Saya harap Halimahton akan bersabar dan berdoa supaya Sufiah akan kembali ke pangkuan ibunya dan ke pangkuan Islam," katanya.
malaysiakini
huahaha...huaha...big mama mintak ibu-ibu berdoa...
huaha haha..big mama terlupe ade anak..huhu

No comments:

Post a Comment