Monday, August 24, 2009

Setpol MB: Kedah tidak akan jadi seperti Perak


Setiausaha Politik (Setpol) kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor hari ini mendedahkah (sistem pesanan ringkas) SMS yang diterimanya daripada Muhammad Radzhi Salleh (MRS) sejurus selepas keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).
SMS tersebut berbunyi, “[s]alam dan selamat berpuasa. Harap tidak disalah faham. Saya tidak marahkan PAS atau sahabat-sahabat dalam PAS, malah saya akan terus menghormati ustaz (Azizan) sebagai pemimpin, salam buat dia dan semua”.
Setpol MB itu kemudiannya mengulas SMS berkenaan, “adakah Kedah akan tumbang dengan ‘bom’ pertama ini? Bukankah bom ini berangkai? Inilah politik Kedah, tidak sama dengan Selangor, Penang, Perak maupun Kelantan. Maka, mengambil pendekatan negeri-negeri itu untuk membandingkan dan mengesahkan Kedah terlalu perlahan adalah tidak adil dan tidak wajar.
“Kedah tidak akan tumbang, jika pin bom berangkai ini ditarik satu persatu, malah letupan pertama akan jadi sia-sia bagi mereka yang memegang pin. Ada orang menyangka kita tidak tahu apa yang mereka rancangkan, padahal satu persatu plan mereka sudah dibaca.”
Menurut Sanusi, gerak geri serta perancangan MRS sudah diketahui sejak bulan Januari lagi.
“Ada satu sms MRS yang dihantar kepada saya bulan Januari lalu menyatakan dia berpolitik sejak dua puluh tahun dulu. Semua selok belok politik sudah dihadami dan hal remeh temeh seperti khabar angin bahawa dia yang menjadi ‘lam’ dengan bekas MB, malas dia ambil kira. Tapi saya ambil kira semua itu.”
Mengulas tentang kedudukan MRS sebagai Exco, Muhammad Sanusi
dalam satu posting di blognya menegaskan bahawa kuasa melantik Exco Kerajaan negeri terletak di bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Sultan atas nasihat YAB Menteri Besar.
Katanya, “Exco dilantik atas nasihat YAB MB kepada Tuanku Sultan atas sifat keputusan kolektif Ahli-ahli Yang Berhormat yang menang dalam DUN. jika Exco boleh diisi oleh sesiapa sahaja, lebih baik lantik Exco yang baik-baik yang banyak pengalaman dari UMNO atau MCA! Saya katakan yang baik-baik…kaki rasuah, kaki bolot tak boleh, kaki cari kekayaan, tak boleh! Kalau melihat rekod MRS, dia tak jauh beza dari ‘kaki-kaki’ itu.
http://perakexpress.com

No comments:

Post a Comment